Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Tuesday 29 June 2010

Permainan tradisional...

Hi,selamat datang ke blog kepunyaanku.

Hari ini,saya akan membincangkan soal permainan tradisional yang masih dimainkan dari dulu sehinggalah ke hari ini.
Mungkin tak banyak orang yang masih bermain permainan seperti ini kerana zaman sudah berubah dan semuanya menjadi semakin canggih,tetapi,ada juga yang masih mengamalkan permainan yang sebegini supaya permainan-permainan ini tidak akan luput apabila zaman menjadi lebih canggih dari sekarang.
Antara permainan yang masih kelihatan lagi ialah congkak,teng teng(atau lebih dikenali sebagai hopscotch),capteh,egrang,gasing,wau,sepak takraw dan batu seremban.
Agak seronok bermain semua permainan ini terutama sekali bermain capteh dan batu seremban.
Kita perlu focus dengan barang yang dimainkan jika tidak,kita akan kalah dalam permainan yang disebutkan itu.








Batu seremban...

Capteh...

Bermain congkak pula harus menggunakan akal fikiran supaya kita boleh menang dalam permainan yang menggunakan biji getah atau goli itu.Congkak dimain di dalam tempatnya yang mengandungi 14 lubang kecil dibahagi 2 dan 2 lubang besar juga dibahagi dua.Permainan itu akan dimulakan dengan 7 biji guli atau biji getah di dalam setiap lubang.









Congkak...

Permainan teng teng pula perserta harus melompat setiap kotak yang ada di situ sebelum mencampakkan batu ke dalam salah satu petak itu.Mereka tidak boleh masuk ke dalam gacuknya yang kelihatan seperti bulatan yang telah dibelah dua.Setelah menyelesaikan satu pusingan,barulah mereka dapat membuat "sawah" mereka di satu petak dan peserta lain tidak boleh memijak di kotak pemain tadi.





Teng teng...
Sepak takraw ataupun dikenali juga sebagai sepak raga pula agak serupa dengan bola sepak.Jadi bagi sesiapa yang meminati bola sepak bolehlah bermain permainan ini.(Lebih menjimatkan...)Ia tidak boleh disentuh dengan tangan tetapi harus menggunakan kaki ataupun dada.Pemain tidak boleh menyentuh bola lebih dari tiga kali dan posisi pemain bertahan tidak diputar.






Sepak takraw/sepak raga...

Gasing adalah permainan yang tertua di dunia yang ditemukan dan gasing harus menggunakan
tali supaya gasing itu boleh bergerak.Gasing akan berputar terhuyung-hayanguntuk beberapa saat sebelum ia menjadi tegak di muka bumi.








Gasing...
Wau adalah sejenis permainan yang juga dikenali dengan namanya,layang-layang.Di Semenanjung Melaya,ia dipanggil wau.Wau akan diterbangkan di udara menggunakan tali ataupun benang.Ia menggunakan angin sebagai alat pengangkat wau.







Wau/Layang-layang...

Egrang atau dikenali sebagai jangkungan adalah sesuatu yang kita gunakan supaya kita boleh mencecah ke ketinggian yang tertentu.Tali akan diikatkan ke kaki supaya kita tidak jatuh.Ada juga orang yang menggunakannya untuk mengelak diri dari hanyut dari banjir.







Orang menggunakan egrang ataupun jangkungan.

Antara permainan yang saya paling suka bermain ialah wau dan capteh.
Saya selalu bermain wau setiap Ahad sebagai salah satu aktiviti beriadah...
Capteh pula saya minati kerana ia mengajar saya supaya saya fokus dengan capteh itu dan jika bermain capteh harus sabar kerana tidak mudah untuk bermain capteh...
Sekian sahaja saya menulis buat kali ini.Semoga kita bertemu lagi,
Bye-bye!...

Lots of love,
Putri






Gambar-gambar telah dipetik dari Google dan informasi telah didapatkan dari Wikipedia.