Aku menulis catatan pendek ini hanya sekadar sebagai renungan, di samping ingin meluahkan isi hati. Catatan ini mungkin tidak serapi, kerana sudah lama aku tidak menulis. Tapi akan aku cuba.
Terkadang kita alpa, sibuk mencari cinta, sehingga cita-cita dibiar tak terusik. Akulah antara mereka yang hanyut bersama dusta cinta. Terlalu taksub dengan sesuatu yang tak mungkin, leka akan cinta yang tak pasti.
Seringkali pabila jatuh, aku tersedar, dan cuba bangkit bersama sisa-sisa kudratku. Tetapi di setiap sedar, pasti tangan itu akan menghulurkan bantuan. Saat menyambutnya, tangannya dilepaskan, sehingga aku terjunam jatuh kembali di lembah kegelapan. Semakin terlarut ke dalam lembah yang sunyi dan sepi.
Ku akui, aku alpa akan nikmat perasaan yang dikurniakan kepadaku, meskipun hanya untuk seketika. Aku terjebak di dalam lorong gelap itu, dan tiada siapa yang mampu mengiringiku keluar, kecuali sang terpilih. Pilihan hati yang mungkin akan membuatku alpa sekali lagi dengan cinta yang tak pasti lalu meninggalkan parut yang amat mendalam; atau mungkin, cinta yang sudah ditakdirkan di Luh Mahfuz.
Siapa daku untuk menilai? Aku hanyalah pengemis cinta yang mencari sesuatu yang tak pasti. Mengharapkan sinar harapan dari insan lain, yang mungkin ia atau tidak akan terjadi. Aku masih ungkal dengan perasaanku sendiri, yang keajaiban pasti akan berlaku.
Yang pasti, aku tidak akan dapat sesuatu yang selalu daku impikan. Hanya selalu bertepuk sebelah tangan. Pintaku pada Illahi, andai dia jodohku, maka dekatkanlah. Tetapi jika tidak, maka jauhkanlah. Hanya itu yang ku pinta. Pesanku padamu wahai teruna dan dara, kejarlah cita sebelum cinta.
ارخص شركه نقل عفش بالقطيف
ReplyDelete