"Mana kakak ni?Cakap nak beri hadiah apabila pulang dari sekolah?Batang hidungnya pun tidak kelihatan!"keluhku sendirian sambil menunggu kakakku di stesen bas di hadapan rumah.
Sudah satu jam aku menunggu tetapi kakak tidak muncul jugqa.Aku cuba untuk menelefon kakak.Dia tidak menjawab.Aku berputus asa lalu pulang ke rumah.
Aku pun berjalan menuju ke lampu trafik dan berjalan perlahan-lahan supaya dapat melihat jika kakak bakal muncul nanti.Sedang aku berjalan,tiba-tiba,aku melihat seseorang yang terlentang dan berlumuran darah.Oleh sebab aku punya rasa keperimanusiaan,aku pun menuju ke tempat berkenaan.Aku hampir pengsan melihat orang itu kerana tubuhnya penuh dengan darah dan aku tidak boleh melihat darah.Aku kuatkan hati,melangkah ke tempat itu.
Aku terkejut lalu lututku jatuh ke bumi.Wanita itu adalah kakakku sendiri.Air mata bercucuran sambil menangis terisak-isak memekik kakak.Aku bertanyakan kepada kakak,siapa yang melanggarnya.Tetapi malangnya,kakakku pengsan.Aku terus memekik 'kakak' sambil berkata "Bangun kak,bangun!"
Aku mencapai telefon bimbitku lalu menelefon pihak hospital.Lima belas minit kemudian,ambulans pun tiba.Aku menemani kakakku di ambulans.Kakak tersedar namun dia berada di dalam keadaan yang lemah.Aku menyuruhnya untuk mengucap.
Tiba di hospital,kakak dibawa pergi ke bilik pembedahan.Aku menunggu sambil berjalan ke hulu ke hilir menunggu keputusan doktor.Tiba-tiba,telefon bimbitku berdering.
"Hello,Putri,dah sampai ke rumah ke belum?Afiqah mana?"
"Mak,kak Afiqah dilanggar dan sekarang berada di bilik pembedahan."
"Ya Allah!"lalu ditutup talian.
Setengah jam kemudian,ibuku datang membawa Hanafi,adikku.Dia sedang memegang tisu untuk mengelap pipinya yang basah sambil mendukung Hanafi.Aku melihat ibu lalu aku lari ke arahnya.Alangkah hancurnya hati kami kecuali Hanafi yang tidak tahu apa-apa.
"Mana kakak kau?Mana kakak kau?"tanya ibuku dengan nada yang sedih dan tegas.
"Dia masih beda di ruang bilik pembedahan,mak,"jawabku sayu.
Kami masing-masing menunggu kakakku untuk sedar.Tiba-tiba,doktor datang dan bertanya jika ibuku ahli keluarganya.
"Ia,saya ibuna.Kenapa doktor?"tanya ibuku sambil menangis terisak-isak.
"Maaf,tetapi,kami tidak dapat menyelamatkan anak anda.Dia sempat sedar sebentar tadi dan menyerahkan hadiah ini untuk anak puan yang menyambut ulang tahunnya hari ini,"lalu diserahkan hadiah itu kepadaku.
Aku pun membuka kertas pembalut itu.Alangkah terkejutnya aku melihat intinya.Di dalam ada sebuah kotak berisi telefon bimbit lollipop yang sangat aku inginkan,minyak wangi berjenama dan juga wang sebanyak $10,000.Aku pun membaca surat yang juga disertakan di dalam.
"Untuk adikku yang tersayang,
Selamat Ulang Tahun kakak ucapkan.Rasanya cepat waktu berlalu dan kini adik sudahpun berusia 19 tahun.Ini ada telefon bimbit yang kamu inginkan sangat dan minyak wangi yang sangat kau inginkan.Wang $10,000 ini untuk biaya sekolah adik.Mungkin ini tidak cukup,tetapi ini sahaja yang kakak mampu berikan.Jika wang ini dikumpul,sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit.Kakak ingin sekali melihat adik memasuki Universiti.Belajar sungguh-sungguh tau agar duit yang kakak berikan itu tidak sia-sia.Sekali lagi,Selamat Ulang Tahun yang ke 19 ya...
Salam sayang,
Raja Nurul Afiqah
~Selamat Ulang Tahun...~"
Aku rasa terharu lalu menangis terisak-isak tidak tahu apa yang hendakku katakan.Petang itu,mayat kakakku telah selamat disemadikan.Aku pun akhirnya dapat teruskan pelajaranku hingga ke P.H.D seperti apa yang kakak inginkan.Kini,setelah lima tahun,aku telahpun membuka syarikat sos yong tau foo yang dinamakan PQRS.Inipun semua berkat kakakku.Sekarang,aku dan keluargaku bahagia dan aku pula bergelar sebagai usahawan terhebat tahun ini.
~Tamat!!!~
Mengulas tentang drama-drama dan novel-novel Melayu. Ada sedikit maklumat tentang budaya orang melayu, tetapi hanya pada awal blog sahaja!:) Ingin tahu tentang diri ini? www.myheart-isbroken.blogspot.com
Hello!!!
Hello..
Selamat datang ke blog ini...
Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!
Selamat datang ke blog ini...
Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!
Thursday, 21 October 2010
Karangan tentang bintang pujaan...
Saya perhatikan,setiap orang yang mempunyai bintang pujaan,selalunya bintang itu harus ada rupa,seorang yang peramah,seorang yang berkarisma dan seorang yang berbakat.Saya percaya bakat itu ada pada setiap orang termasuk seorang pelakon yang sangat diminati ramai,Dude Harlino.
Beberapa hari yang lalu,saya berpeluang untuk menemu bual dengan Dude Harlino,seorang pemain sinetron terkenal di Indonesia yang juga merupakan seorang yang sangat minati.
Melalui acara "Sedetik bersama Dude Harlino" yang diadakan pada 27 Mac di Polyteknik Republik,acara ini telah diadakan dengan tujuan Dude menemui para peminatnya.Dude telah banyak berbakti di Industri Indonesia dan pernah dilabelkan sebagai "Raja Skriping"kerana dapat tawaran berlakon yang banyak seperti rancangan kegemaran saya,Cahaya dan Doa dan Karunia.
Dia sering berlakon dengan pasangan di dalam hampir setiap sinetronnya,Naysilla Mirdad.Mereka sering dipadankan sebagai sepasang kekasih.Cerita Cahaya,yang juga dilakonkan oleh Dude sebagai Satria dan Naysilla sebagai Cahaya,telah mendapat perhatian ramai sehinggakan Dude dipanggil untuk datang ke Singapura untuk menemui peminatnya di sini apabila rancangan Cahaya hampir tamat yang telah dikeudarakan dari 21 Ogos hingga 09 April 2010.
Selepas acara itu berakhir,saya sempat menanyakan soalan cepu-emas kepada Dude,seperti,"Apakah hubungan kamu sama Naysilla Mirdad?"Dengan selambanya dia menjawab hubungannya dan Nay hanya sebatas kawan baik sahaja.
Dengan acara yang telah berlangsung itu,saya dan juga para peminat merasa sangat berpuas hati dan cukup gembira kerana Dude telah membawa acara itu dengan sangat baik sekali.Akan saya minati Dude sepanjang hidup saya dan berharap agar dia dapat menemui kejayaan pada masa hadapan.Saya juga berharap agar Dude dapat cepat menemui jodohnya supaya masyarakat tidak akan lagi keliru dengan hubungan rapatnya dan Naysilla...

Saturday, 31 July 2010
Rumah
Hi semua,
Bapak saya dan sedara saya sedang berbual-bual... |
Hari ini,saya akan berbual mengenai rumah orang melayu...
Di Singapura,hampir tidak ada lagi yang namanya kampung tetapi jika kita pergi ke luar negara seperti Malaysia,Indonesia dan lain-lain lagi,kita akan dapat lihat kampung...Di Singapura,hanya di Buangkok sahaja kita dapat melihat kampung.Jumlah penduduk kampung di sini sudah hampir pupus kerana tidak cukup tanah untuk membina kampung dan jumlah kampung yang ada di sini adalah sekitar 20-28 rumah sahaja.Tidakkah sedikit itu namanya?
Saya dan baju kembar saya dan pengantin perempuan... |
Saya ada pergi makan angin dengan keluarga dan saudara-mara kerana kami ada jemputan kahwin dari Makcik saya.Saya sangat gembira dan sudah merencanakan semuanya dan ingin sekali merasakan suasana di kampung dan akhirnya pada 03/06/2010-07/06/2010,saya dapat menikmati suasana kampung...Walaupun lantainya agak kotor di sana,tetapi saya tetap suka tinggal di sana kerana ada macam-macam perkara yang terdapat di sana yang tidak ada di Singapura.Airnya sangat sejuk seperti air batu dan ada juga air perigi.
Kolong rumah kampung... |
Di kampung,ada kolongnya tetapi tidak seperti kolong di rumah pangsa kami...Di situ,kita boleh meletakkan bermacam-macam khazanah seperti motor,kereta,basikal dan benda-benda lain...Di sana,kita boleh bercucuk tanam tidak seperti di Singapura yang kekurangan tanah...
Ayam-ayam di luar kandang... |
Kita boleh memelihara ayam,itik,burung puyu,kambing,lembu dan khas ditempah dari Terengganu ialah...Musang...Di rumah makcik saya ada musang yang saya sangat gerun apabila melihatnya...
Logo Terengganu di hadapan Mydin... |
Ada satu kekurangan yang ada pada kampung iaitu apabila banjir,habis kotor satu rumah...Itulah yang sangat menyakitkan mata...Kadang-kadang,ada juga keledek hanyut dan ikan yang lalu di hadapan rumah mereka...
Baiklah,sampai disini sahaja perjumpaan kita pada kali ini.Semoga kita dapat berjumpa di bulan bahasa akan datang,bye!!!!
Lots of love,
Putri
Silat...
Hey semua...
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.
Ada juga silat lain yang ramai tidak tahu iaitu buah pukul atau seni tempur.
Ada juga silat pengantin yang dipersembahkan di majlis perkahwinan kerana itu ia dipanggil sebagai silat pengantin.Ada juga yang social studies(ss) dan selalu pergi merantau ke alam lain...Fikirlah sendiri apakah maksud ss itu.Sy_ _ Se_ _ _ _ _ .
Ok lah,itu sahaja yang saya ingin ceritakan...
Sampai kita bertemu lagi di lembaran yang akan datang iaitu tentang rumah...
Buh-bye!!!
Lots of love,
Putri
Hari ini,saya akan berbincang mengenai Silat,seni mempertahankan diri yang satu-satunya ada di dalam adat orang Melayu...
Di sekolah saya juga ada mengajar silat melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah.Pada awalnya saya ingin memasuki silat tetapi kerana aktivitinya tidak kena dengan waktu,maka tidak kesampaianlah hajat saya memasuki silat.
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.
Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.(Ingin tahu lebih tentang senjata?Baca perbincangan saya yang lepas.) Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.
Sekarang,silat menjadi sangat termasyhur sehinggakan ia menjadi salah satu pertandingan di Sukan Sea,Olimpik dan mungkin jika ada,di Sukan Olimpik Belia(YOG) yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 14-26 August di sini!!!Singapura telah dapat menjadi tuan rumah untuk sukan olipik belia dan mungkin silat akan dipertandingkan nanti!
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.
Ada juga silat lain yang ramai tidak tahu iaitu buah pukul atau seni tempur.
Ada juga silat pengantin yang dipersembahkan di majlis perkahwinan kerana itu ia dipanggil sebagai silat pengantin.Ada juga yang social studies(ss) dan selalu pergi merantau ke alam lain...Fikirlah sendiri apakah maksud ss itu.Sy_ _ Se_ _ _ _ _ .
Ok lah,itu sahaja yang saya ingin ceritakan...
Sampai kita bertemu lagi di lembaran yang akan datang iaitu tentang rumah...
Buh-bye!!!
Lots of love,
Putri
Senjata orang Melayu
Hi semua,bertemu lagi kita nampaknya.
Hari ini,saya akan berbincang mengenai senjata di zaman purbakala...
Yang saya tahu,keris,kerambit dan sabit adalah senjata melayu.
Tetapi,rupa-rupanya,ada banyak lagi senjata yang ada di luar sana.Semua maklumat telah saya dapatkan dari Wikipedia dan gambarnya telah diambil dari Google...
Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.
Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu kecil, dengan bilah melengkung, jarak dekat yang boleh dijumpai di Asia Tenggara di Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi Ayam, Kuku Ayam atau Rambai Ayam. Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian.Ia sangat tajam sampaikan jika diletak di leher sahaja,akan berdarah.Bahkan,kepala boleh tertanggal jika kita acukan ke leher.
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
Keris adalah senjata yang paling popular atau yang paling termasyhur di antara senjata yang lain.Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
Kebanyakan cerita-cerita dan kisah-kisah Melayu yang terdahulu menggunakan keris sebagai dalam setiap adegan perlawanan.Sampaikan ada yang menamakan judul cerita mereka dengan keris...Walaupun begitu,senjata-senjata lain tidak dilupakan seperti kerambit yang sempat muncul di Niyang Rapik the Movie...
Itu sahaja yang dapat saya perbualkan untuk hari ini.Semoga kita bertemu lagi di kesempatan akan datang.
BYE!!!
Lots of love,
Putri
Hari ini,saya akan berbincang mengenai senjata di zaman purbakala...
Yang saya tahu,keris,kerambit dan sabit adalah senjata melayu.
Tetapi,rupa-rupanya,ada banyak lagi senjata yang ada di luar sana.Semua maklumat telah saya dapatkan dari Wikipedia dan gambarnya telah diambil dari Google...
Tumbuk lada... |
Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.
kerambit... |
lembing lama... |
Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.
badik... |
Badik merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
keris... |
Kebanyakan cerita-cerita dan kisah-kisah Melayu yang terdahulu menggunakan keris sebagai dalam setiap adegan perlawanan.Sampaikan ada yang menamakan judul cerita mereka dengan keris...Walaupun begitu,senjata-senjata lain tidak dilupakan seperti kerambit yang sempat muncul di Niyang Rapik the Movie...
Itu sahaja yang dapat saya perbualkan untuk hari ini.Semoga kita bertemu lagi di kesempatan akan datang.
BYE!!!
Lots of love,
Putri
Monday, 26 July 2010
Lauk-pauk...(Makanan)O.O
Macam-macam lauk yang ada! |
Hmm...Makanan....
Hai,bersama saya lagi,Putri,yang akan membawa anda menjelajahi semua makanan tradisional di benua Asia...
Sedapnya apabila melihat gambar-gambar ini semua.Rasanya seperti ingin mengambilnya dari skrin ini dan memakannya seperti di cerita "Charlie and the chocolate factory"...
Pada kali ini,saya akan menceritakan tentang lauk-pauk dan hidangan yang biasa kita lihat di sekitaran kita.Lauk-pauk yang anda lihat dari semua gambar di blog ini adalah hidangan tradisional.Terima kasih kepada Google kerana telah menyiapkan gambar-gambar yang anda sedang dan akan lihat ini...Yok...Mari kita jelajah makanan tradisional yang ada di Benua Asia.
Tak sah kalau saya makan sesuatu tanpa sambal belacan berulamkan petai,ulam raja,terung pipit,pegaga dan bermacam-macam lagi...Eh,salah,tak sah kalau mak saya makan sesuatu tanpa sambal belacan berulamkan petai,ulam raja,terung pipit,pegaga dan bermacam-macam lagi...Sambal belacan dibuat oleh bahan utamanya iaitu cili padi dan belacan.Sebab itulah namanya sambal belacan.Seperti yang saya katakan tadi,ianya sedap dimakan dengan nasi dan ulam-ulaman seperti yang apa emak saya gemari...
Hmmm...Sedapnya rendang tok di gambar ini...Kalau lah ada nasi ambeng atau nasi beriani atau nasi minyak,wah...TERANGKAT DOK!Balik kepada topik ini,rendang tok menggunakan daging lembu sebagai bahan utama untuk lauk ini.Jika anda ingin merubah masakan ini dari daging menjadi bahan yang lain...Tetapi rendang yang menggunakan daging adalah resepi yang asli dan paling sedap untuk dimakan...Ia selalunya dimakan dengan lemang atau ketupat yang akan saya bincangkan nanti...
WOW...Asam pedasnya kalau dihidangkan lalu dimakan dengan nasi yang panas,tak terkata agaknya.Sangat menyelerakan.Hidangan ini adalah hidangan yang bagi saya amat pedas sehinggakan saya perlukan lebih daripada satu cawan air minum,hingus mala keluar dan akan menjadi sejuk kerana lauknya teramat pedas!Tapi,saya makan asam pedas dengan ayam kerana saya tak suka makan ikan.Apa jenis ikan pun...
Eh...eh...Satay?oohh...Sedapnya kalau dapat makan satay.Apa lagi kalau saya dapat makan ini pada hari raya tahun ini.Saya masih ingat,dua tahun lepas dan tahun lepas,emak saya ada memasak satay dan membuat rumah terbuka.Habis semua botak licin macam kepala Ahmad Nisfu...Jangan marah ah...Baru nak capai,eh,dah habis?Hancur lebur musnah berkecai harapan hatiku,hendak memakan satay ibuku...Farhan dan geng dia lah ni,makan tak ingat dunia!Licin semua...Apalah nasib...Satay boleh dimasak dengan cara dibakar atau digoreng.Saya selalu makan satay apabila ia digoreng jadi saya tak tahu apa rasanya jika ia dibakar.Satay menggunakan daging atau ayam...Ada juga yang memasak satay dengan menggunakan babat,hati,limpa,pecut lembu dan kijang.
Blueekk...Nak muntah saya apabila mendengar frasa mi rebus...Saya SANGAT,SANGAT TIDAK MENYUKAI MI REBUS...Pertama kali memakannya dah macam nak muntah...Eeeuuuwww...Ia dihiaskan dengan tahu goreng,bawang goreng(kegemaran saya),daun sup,daun bawang,udang gegarau,lada hijau dan limau sambal sebagai perasa mi rebus untuk menjadikannya lebih enak dan tidak muak...
Bila mak saya terpandang gambar ni,meleleh air liurnya macam air terjun...U know what I mean...
Rojak buah ini dibuat menggunakan buah...(Duh...)Ia juga menggunakan petis,kacang,gula,asam,belacan dan lada.Pasti enak.Saya amat menyukai rojak yang mak saya buat apalagi bila saya makannya dengan cakuay(saya tak tahu macam mana nak eja cakuay...Maaf...)
Sedapnya sehingga menjilat pinggan.(selalunya sedap hingga menjilat jari atau it's finger lickin' good...)
rempah kari dan udang(jika anda mahu...)...
Ketupat adalah makanan yang selalu dihidangkan pada hari raya dan ia selalu dihidangkan dengan rendang.Ia harus direbus dan ia menggunakan nyiur kelapa.Ia menggunakan berasdan diisi di dalam nyiur dan akhirnya direbus 4 jam.
Lemang juga dimakan dengan rendang dan ia menggunakan daun pisang,batang buluh dan ia menggunakan beras pulut.Ia akan dibakar dengan menggunakan api yang kecil.Ia akan dibakar selama 2 jam dan selepas itu disantaplah...
Ini adalah antara masakan yang dapat saya tunjukkkan.Menyelerakan ya?
Itu saja menu yang dapat saya berikan kepada anda.Jika senang,datanglah lagi ke blog ini!
Bye!!!
Lots of love,
Putri
Sunday, 25 July 2010
Kiuh muih...
Hi dan selamat datang ke salah satu babak makanan iaitu KUIH MUIH...
Hari ini saya akan berbual mengenai kuih muih yang terdapat di semenanjung Asia ini.
Apalah nasib...
Hari ini saya akan berbual mengenai kuih muih yang terdapat di semenanjung Asia ini.
Kuih bangkit sedap dimakan pada bila-bila waktu sahaja....Teringat pula waktu kecil,saya gemar sekali,saya gemar berkali-kali dengan biskut apa pun saya dah lupa apa namanya.Maklum lah,10 tahun yang lalu adalah waktu yang saya sering makan biskut bulat,kecil itu.Kali terakhir jika saya ingat,saya memakannya pada 23 Januari 2010 sewaktu ingin berjumpa dengan kawan saya semperna dengan hari jadinya tapi batng hidung pun tak nampak...Hai...
Hmm,wajik?Saya tak tahu rasa wajik itu macam mana tetapi mak saya beritahu yang wajik sangat manis...Ingin juga saya mencubanya,tetapi,jarang saya melihat wajik dijual walaupun pada bulan ramadan atau hari raya...Melihat dari gambar yang saya dapatkan dari Google ini,ia kelihatan seperti pulut...Apabila ditanya,memanglah pulut tetapi jika dimasak dengan durian,pasti cair beb!
Hah...Kuih kegemaran saya,putri salat.Hehe,macam nama saya,dah semua orang panggil saya putri salat.Haizz..Atasnnya sangaat manis dan saya paling suka bahagian itu dan di bawahnya pula dilapiskan pulut.Sedap dimakan pada bila-bila waktu...
Kini kita beralih pula kepada bahagian baulu.Kalau arwah nenek saya yang buat,pasti hilang terus di dalam mulut tanpa perlu menggigitnya...Tetapi itu yang mak saya beritahu.Dan katanya,baulu seperti itulah yang paling enak dimakan dan bermutu.Sekarang sudah ada macam-macam jenis baulu yang terdapat di sana sini.Seperti baulu chocolate rice.Sedap sekali tetapi tetap ia tidak boleh menandingi yang asli.Saya lebih menyukai yang asli kerana kemanisannya tidak meniru rasa kuih lain.
Dodol pula adalah makanan Malaysia ynag sangat manis yang menggunakan kelapa dan durian.Ia mengambil masa yang lama untuk membuat dodol yang sepanjang dan selebar Iphone...(ibarat).Jika kita menggunakan bahan kesemuanya dalam 10 kg, ia akan menjadi sedikit mungkin dalam 5/6 kg.Ia sangat menyusahkan untuk dimasak jadi ia agak mahal untuk dijual.Sekecil Iphone berharga $2.50.Tak tahulah jika harganya sudah naik kerana saya sudah lama tidak membelinya...Daripada kita membuang duit dan masa untuk mencuba sendiri membuat dodol,lebih baik kita membelinya kerana agak berbaloi.Dodol segeralah katakan...
Memang epok-epok kegemaran saya dari umur saya 3 tahun sehingga sekarang.Saya masih ingat,waktu umur saya tiga tahun,saya hanya memakan kulit epok-epoknya sahaja yang bermaksud bontot dan kepalanya sahaja kerana waktu itu saya tidak suka memakan intinya.Setelah mencuba inti kentang dan sardin,saya mula menyukai sardin tetapi kerana tidak lagi menyukai ikan,saya menyukai kentang,lebih-lebih lagi di OLD CHANG KEE!!!Sedapnya...Lagi-lagi jika dimakan panas-panas...Wow!
Kuih bakar adalah makanan yang sangat sedap jika dimakan bahagian hangusnya.Saya dan sedara saya amat menyukai bahagian hangusnya kerana bagi kami,ia sangat enak!Ia adalah kuih yang manis dan selalunya dimasak ketika ada majlis kenduri.Apa-apa jenis kendurilah...
Tapai ubi pula adalah tapai yang agak basah dan rasanya agak manis.Bagi wanita yang sedang datang bulan tidak boleh membuat tapai kerana jika apabila dia sedang uzur,tapai itu akan menjadi warna merah.Jika kita memasaknya dengan muka yang masam dan selalu marah,tapai itu akan menjadi masam dan ia menjadi tidak sedap untuk dimakan.Inilah petua-petua memasak tapai ubi.
Cara memasak:
- Ubi akan dikikis dahulu dan ia harus dicuci bersih sebelum direbus setengah masak.
- Selepas setengah masak,ia harus diangkat dan disejukkan hanya seketika.
- Dibedakkan dengan ragi.Raginya harus dilecekkan terlebih dahulu supaya menjadi halus.
- Ubinya harus diletakkan di dalam bekas dan diikat dengan kain bersih dan disimpan di suatu tempat.
- Simpan ubi itu selama tiga/empat hari sebelum ia boleh dimakan.
- Lebih sedap jika ditaruk di peti sejuk dan setelah itu kita SANTAPLAH!!!
Oklah,sampai di sini sahaja perjumpaan pada kali ini.Akan disambung perbicaraan tentang makanan di halaman akan datang.
Lots of love,
Putri
Saturday, 24 July 2010
Kuda kepang?
Hi semua!
Di pagi yang cukup indah ini,saya akan berbicara tentang kuda kepang yang saya pun sendiri tidak tahu apa tujuan sebenarnya kuda kepang itu...
Pernah saya ingat sewaktu ketika dahulu semasa saya masih di darjah enam,banyak budak-budak "mat rep" dan "minah" yang menyertai kuda kepang ini.Tetapi untuk tujuan apa saya sendiri pun tidak tahu.
Tarian kuda kepang atau istilah yang saya dan kawan-kawan sering gunakan iaitu "tarian mat rep"adalah tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa Indonesia.Pertarian ini sering dimainkan di Malaysia dan Indonesia.Kadang-kadang,ada juga yang bermain kuda kepang di majlis perkahwinan.

Mereka harus mempunyai sekurang-kurangnya sembilan penari,lima orang pemain muzik,dua orang bomoh pemulih dan 9-15 orang penjaga kawasan...Walaupun begitu,jumlah orang yang bermain kuda kepang ada sebanyak 40 orang!Wah,banyak tu!!!
Seorang penari sedang me...Saya pun sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya... |
Resepi "Kuda Kepang"~
Bahan-bahannya ialah:
lima buah angklong
Sebuah gendang
Gong(ikut citarasa masing-masing)
Sekurang-kurangnya 9 kuda
Sebatng pecut(saya tak tahu apakah itu)
Serantai tali sepanjang 30 meter(100 kaki)
Cara-caranya ialah:
Berdiri di atas pentas yang besar atau di tempat yang terbuka.
Bakar kemenyan(makanan jin yang baunya agak busuk.) lalu dibaca jampi untuk diberikan kepada kuda-kuda supaya punya tenaga.
Bomoh akan menggunakan telur mentah,bunga,rumput dan air untuk persembahan.
Kemudian,"danyang"(ketua)akan melecutkan perut untuk menentukan rentak tarian dan setiap penari akan pergi ke kuda masing-masing.
Penari-penari akan melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa dan lagu akan menjadi rancak.Jika lagu tidak rancak,penari akan menjadi berang dan akan menerkam atau menendang sesiapapun seperti kuda sedang mengamuk.
Ini akan berterusan selama dua jam sehingga mereka mengalami keadaan bersawai.Mereka akan terpukau dengan pergerakkan mereka sendiri.(pelikkan?)
Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh".
Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
Eh,dah macam resepi pula...
Sebenarnya,kuda kepang dilarang oleh agama Islam dan ia adalah kurafat(syirik).Jadi,jika ingin menari kuda kepang juga,saya tak tahulah nak buat apa dengan anda.
Ingat,DON'T TRY THIS AT HOME,IN SCHOOL,IN THE TOILET OR IN PUBLIC...
Sampai berjumpa di halaman akan datang.
Lots of love,
Putri
Subscribe to:
Posts (Atom)