Hari ini saya akan berbual mengenai kuih muih yang terdapat di semenanjung Asia ini.



Kini kita beralih pula kepada bahagian baulu.Kalau arwah nenek saya yang buat,pasti hilang terus di dalam mulut tanpa perlu menggigitnya...Tetapi itu yang mak saya beritahu.Dan katanya,baulu seperti itulah yang paling enak dimakan dan bermutu.Sekarang sudah ada macam-macam jenis baulu yang terdapat di sana sini.Seperti baulu chocolate rice.Sedap sekali tetapi tetap ia tidak boleh menandingi yang asli.Saya lebih menyukai yang asli kerana kemanisannya tidak meniru rasa kuih lain.
Dodol pula adalah makanan Malaysia ynag sangat manis yang menggunakan kelapa dan durian.Ia mengambil masa yang lama untuk membuat dodol yang sepanjang dan selebar Iphone...(ibarat).Jika kita menggunakan bahan kesemuanya dalam 10 kg, ia akan menjadi sedikit mungkin dalam 5/6 kg.Ia sangat menyusahkan untuk dimasak jadi ia agak mahal untuk dijual.Sekecil Iphone berharga $2.50.Tak tahulah jika harganya sudah naik kerana saya sudah lama tidak membelinya...Daripada kita membuang duit dan masa untuk mencuba sendiri membuat dodol,lebih baik kita membelinya kerana agak berbaloi.Dodol segeralah katakan...
Memang epok-epok kegemaran saya dari umur saya 3 tahun sehingga sekarang.Saya masih ingat,waktu umur saya tiga tahun,saya hanya memakan kulit epok-epoknya sahaja yang bermaksud bontot dan kepalanya sahaja kerana waktu itu saya tidak suka memakan intinya.Setelah mencuba inti kentang dan sardin,saya mula menyukai sardin tetapi kerana tidak lagi menyukai ikan,saya menyukai kentang,lebih-lebih lagi di OLD CHANG KEE!!!Sedapnya...Lagi-lagi jika dimakan panas-panas...Wow!

Cara memasak:
- Ubi akan dikikis dahulu dan ia harus dicuci bersih sebelum direbus setengah masak.
- Selepas setengah masak,ia harus diangkat dan disejukkan hanya seketika.
- Dibedakkan dengan ragi.Raginya harus dilecekkan terlebih dahulu supaya menjadi halus.
- Ubinya harus diletakkan di dalam bekas dan diikat dengan kain bersih dan disimpan di suatu tempat.
- Simpan ubi itu selama tiga/empat hari sebelum ia boleh dimakan.
- Lebih sedap jika ditaruk di peti sejuk dan setelah itu kita SANTAPLAH!!!
Oklah,sampai di sini sahaja perjumpaan pada kali ini.Akan disambung perbicaraan tentang makanan di halaman akan datang.
Lots of love,
Putri
No comments:
Post a Comment