Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Thursday 21 October 2010

Karangan tentang hadiah

  "Mana kakak ni?Cakap nak beri hadiah apabila pulang dari sekolah?Batang hidungnya pun tidak kelihatan!"keluhku sendirian sambil menunggu kakakku di stesen bas di hadapan rumah.
  Sudah satu jam aku menunggu tetapi kakak tidak muncul jugqa.Aku cuba untuk menelefon kakak.Dia tidak menjawab.Aku berputus asa lalu pulang ke rumah.

   Aku pun berjalan menuju ke lampu trafik dan berjalan perlahan-lahan supaya dapat melihat jika kakak bakal muncul nanti.Sedang aku berjalan,tiba-tiba,aku melihat seseorang yang terlentang dan berlumuran darah.Oleh sebab aku punya rasa keperimanusiaan,aku pun menuju ke tempat berkenaan.Aku hampir pengsan melihat orang itu kerana tubuhnya penuh dengan darah dan aku tidak boleh melihat darah.Aku kuatkan hati,melangkah ke tempat itu.

  Aku terkejut lalu lututku jatuh ke bumi.Wanita itu adalah kakakku sendiri.Air mata bercucuran sambil menangis terisak-isak memekik kakak.Aku bertanyakan kepada kakak,siapa yang melanggarnya.Tetapi malangnya,kakakku pengsan.Aku terus memekik 'kakak' sambil berkata "Bangun kak,bangun!"

  Aku mencapai telefon bimbitku lalu menelefon pihak hospital.Lima belas minit kemudian,ambulans pun tiba.Aku menemani kakakku di ambulans.Kakak tersedar namun dia berada di dalam keadaan yang lemah.Aku menyuruhnya untuk mengucap.

  Tiba di hospital,kakak dibawa pergi ke bilik pembedahan.Aku menunggu sambil berjalan ke hulu ke hilir menunggu keputusan doktor.Tiba-tiba,telefon bimbitku berdering.

  "Hello,Putri,dah sampai ke rumah ke belum?Afiqah mana?"
  "Mak,kak Afiqah dilanggar dan sekarang berada di bilik pembedahan."
  "Ya Allah!"lalu ditutup talian.

  Setengah jam kemudian,ibuku datang membawa Hanafi,adikku.Dia sedang memegang tisu untuk mengelap pipinya yang basah sambil mendukung Hanafi.Aku melihat ibu lalu aku lari ke arahnya.Alangkah hancurnya hati kami kecuali Hanafi yang tidak tahu apa-apa.

  "Mana kakak kau?Mana kakak kau?"tanya ibuku dengan nada yang sedih dan tegas.

  "Dia masih beda di ruang bilik pembedahan,mak,"jawabku sayu.

  Kami masing-masing menunggu kakakku untuk sedar.Tiba-tiba,doktor datang dan bertanya jika ibuku ahli keluarganya.

  "Ia,saya ibuna.Kenapa doktor?"tanya ibuku sambil menangis terisak-isak.

  "Maaf,tetapi,kami tidak dapat menyelamatkan anak anda.Dia sempat sedar sebentar tadi dan menyerahkan hadiah ini untuk anak puan yang menyambut ulang tahunnya hari ini,"lalu diserahkan hadiah itu kepadaku.

  Aku pun membuka kertas pembalut itu.Alangkah terkejutnya aku melihat intinya.Di dalam ada sebuah kotak berisi telefon bimbit lollipop yang sangat aku inginkan,minyak wangi  berjenama dan juga wang sebanyak $10,000.Aku pun membaca surat yang juga disertakan di dalam.


     "Untuk adikku yang tersayang,
                                                   Selamat Ulang Tahun kakak ucapkan.Rasanya cepat waktu berlalu dan kini adik sudahpun berusia 19 tahun.Ini ada telefon bimbit yang kamu inginkan sangat dan minyak wangi yang sangat kau inginkan.Wang $10,000 ini untuk biaya sekolah adik.Mungkin ini tidak cukup,tetapi ini sahaja yang kakak mampu berikan.Jika wang ini dikumpul,sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit.Kakak ingin sekali melihat adik memasuki Universiti.Belajar sungguh-sungguh tau agar duit yang kakak berikan itu tidak sia-sia.Sekali lagi,Selamat Ulang Tahun yang ke 19 ya...

Salam sayang,
Raja Nurul Afiqah

                                                         ~Selamat  Ulang Tahun...~"

  Aku rasa terharu lalu menangis terisak-isak tidak tahu apa yang hendakku katakan.Petang itu,mayat kakakku telah selamat disemadikan.Aku pun akhirnya dapat teruskan pelajaranku hingga ke P.H.D seperti apa yang kakak inginkan.Kini,setelah lima tahun,aku telahpun membuka syarikat sos yong tau foo yang dinamakan PQRS.Inipun semua berkat kakakku.Sekarang,aku dan keluargaku bahagia dan aku pula bergelar sebagai usahawan terhebat tahun ini.



                                                       ~Tamat!!!~

Karangan tentang bintang pujaan...

Saya perhatikan,setiap orang yang mempunyai bintang pujaan,selalunya bintang itu harus ada rupa,seorang yang peramah,seorang yang berkarisma dan seorang yang berbakat.Saya percaya bakat itu ada pada setiap orang termasuk seorang pelakon yang sangat diminati ramai,Dude Harlino.


Beberapa hari yang lalu,saya berpeluang untuk menemu bual dengan Dude Harlino,seorang pemain sinetron terkenal di Indonesia yang juga merupakan seorang yang sangat minati.

Melalui acara "Sedetik bersama Dude Harlino" yang diadakan pada 27 Mac di Polyteknik Republik,acara ini telah diadakan dengan tujuan Dude menemui para peminatnya.Dude telah banyak berbakti di Industri Indonesia dan pernah dilabelkan sebagai "Raja Skriping"kerana dapat tawaran berlakon yang banyak seperti rancangan kegemaran saya,Cahaya dan Doa dan Karunia.

Dia sering berlakon dengan pasangan di dalam hampir setiap sinetronnya,Naysilla Mirdad.Mereka sering dipadankan sebagai sepasang kekasih.Cerita Cahaya,yang juga dilakonkan oleh Dude sebagai Satria dan Naysilla sebagai Cahaya,telah mendapat perhatian ramai sehinggakan Dude dipanggil untuk datang ke Singapura untuk menemui peminatnya di sini apabila rancangan Cahaya hampir tamat yang telah dikeudarakan dari 21 Ogos hingga 09 April 2010.

Selepas acara itu berakhir,saya sempat menanyakan soalan cepu-emas kepada Dude,seperti,"Apakah hubungan kamu sama Naysilla Mirdad?"Dengan selambanya dia menjawab hubungannya dan Nay hanya sebatas kawan baik sahaja.

Dengan acara yang telah berlangsung itu,saya dan juga para peminat merasa sangat berpuas hati dan cukup gembira kerana Dude telah membawa acara itu dengan sangat baik sekali.Akan saya minati Dude sepanjang hidup saya dan berharap agar dia dapat menemui kejayaan pada masa hadapan.Saya juga berharap agar Dude dapat cepat menemui jodohnya supaya masyarakat tidak akan lagi keliru dengan hubungan rapatnya dan Naysilla...