Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Thursday 21 October 2010

Karangan tentang bintang pujaan...

Saya perhatikan,setiap orang yang mempunyai bintang pujaan,selalunya bintang itu harus ada rupa,seorang yang peramah,seorang yang berkarisma dan seorang yang berbakat.Saya percaya bakat itu ada pada setiap orang termasuk seorang pelakon yang sangat diminati ramai,Dude Harlino.


Beberapa hari yang lalu,saya berpeluang untuk menemu bual dengan Dude Harlino,seorang pemain sinetron terkenal di Indonesia yang juga merupakan seorang yang sangat minati.

Melalui acara "Sedetik bersama Dude Harlino" yang diadakan pada 27 Mac di Polyteknik Republik,acara ini telah diadakan dengan tujuan Dude menemui para peminatnya.Dude telah banyak berbakti di Industri Indonesia dan pernah dilabelkan sebagai "Raja Skriping"kerana dapat tawaran berlakon yang banyak seperti rancangan kegemaran saya,Cahaya dan Doa dan Karunia.

Dia sering berlakon dengan pasangan di dalam hampir setiap sinetronnya,Naysilla Mirdad.Mereka sering dipadankan sebagai sepasang kekasih.Cerita Cahaya,yang juga dilakonkan oleh Dude sebagai Satria dan Naysilla sebagai Cahaya,telah mendapat perhatian ramai sehinggakan Dude dipanggil untuk datang ke Singapura untuk menemui peminatnya di sini apabila rancangan Cahaya hampir tamat yang telah dikeudarakan dari 21 Ogos hingga 09 April 2010.

Selepas acara itu berakhir,saya sempat menanyakan soalan cepu-emas kepada Dude,seperti,"Apakah hubungan kamu sama Naysilla Mirdad?"Dengan selambanya dia menjawab hubungannya dan Nay hanya sebatas kawan baik sahaja.

Dengan acara yang telah berlangsung itu,saya dan juga para peminat merasa sangat berpuas hati dan cukup gembira kerana Dude telah membawa acara itu dengan sangat baik sekali.Akan saya minati Dude sepanjang hidup saya dan berharap agar dia dapat menemui kejayaan pada masa hadapan.Saya juga berharap agar Dude dapat cepat menemui jodohnya supaya masyarakat tidak akan lagi keliru dengan hubungan rapatnya dan Naysilla...

No comments:

Post a Comment