Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Saturday 23 April 2016

10 Drama Melayu Terbaik Adaptasi novel!✨

Hello semua!
Rasanya dh lama sangat kan tak blog dalam blog ni?

Jadi hari ni, seperti yang saya pernah cakap dalam post saya yang sebelum ni, saya hanya akan mengulas(make a review) tentang drama-drama dan novel melayu sahaja, sebab saya tak meminati industri Inggeris.

Jadi, saya akan berkongsi tentang 10 drama melayu terbaik diadaptasi dari novel yang pernah saya tonton!

1. Teman Lelaki Upahan

2. Kerana Terpaksa Aku Relakan

3. Sebenarnya Saya Isteri Dia!

4. Seindah Sakura

5. Bukan Kerana Aku Tak Cinta

6. Love You Mr Arrogant

7. Setitis Kasih Darmia

8. Setia Hujung Nyawa

9. Nora Elena (Kasih Yang Suci)

10. Tundukkan Playboy Itu

Itu sahaja yang saya mampu kongsikan. Bye!

Catatan sang pencinta

Aku menulis catatan pendek ini hanya sekadar sebagai renungan, di samping ingin meluahkan isi hati. Catatan ini mungkin tidak serapi, kerana sudah lama aku tidak menulis. Tapi akan aku cuba.

Sunday 21 December 2014

A change in the topics.

Hey readers!
Its been a long time since I really activate this blog. I mean, it has been like 4 years since I blogged. Well, I've graduated from my secondary school so I'm no longer doing any blog about the Malay customs, traditions and stuffs.
But, I'm not going to end this blog here, I will return, with a little twist! I'll be blogging about Malay book/novel/drama reviews. However I'll only do this when I got the time(since its the holidays now in polytechnic).
Hope you guys will enjog my previous and future blogs.
LOL,
Putriđź’•

Thursday 21 October 2010

Karangan tentang hadiah

  "Mana kakak ni?Cakap nak beri hadiah apabila pulang dari sekolah?Batang hidungnya pun tidak kelihatan!"keluhku sendirian sambil menunggu kakakku di stesen bas di hadapan rumah.
  Sudah satu jam aku menunggu tetapi kakak tidak muncul jugqa.Aku cuba untuk menelefon kakak.Dia tidak menjawab.Aku berputus asa lalu pulang ke rumah.

   Aku pun berjalan menuju ke lampu trafik dan berjalan perlahan-lahan supaya dapat melihat jika kakak bakal muncul nanti.Sedang aku berjalan,tiba-tiba,aku melihat seseorang yang terlentang dan berlumuran darah.Oleh sebab aku punya rasa keperimanusiaan,aku pun menuju ke tempat berkenaan.Aku hampir pengsan melihat orang itu kerana tubuhnya penuh dengan darah dan aku tidak boleh melihat darah.Aku kuatkan hati,melangkah ke tempat itu.

  Aku terkejut lalu lututku jatuh ke bumi.Wanita itu adalah kakakku sendiri.Air mata bercucuran sambil menangis terisak-isak memekik kakak.Aku bertanyakan kepada kakak,siapa yang melanggarnya.Tetapi malangnya,kakakku pengsan.Aku terus memekik 'kakak' sambil berkata "Bangun kak,bangun!"

  Aku mencapai telefon bimbitku lalu menelefon pihak hospital.Lima belas minit kemudian,ambulans pun tiba.Aku menemani kakakku di ambulans.Kakak tersedar namun dia berada di dalam keadaan yang lemah.Aku menyuruhnya untuk mengucap.

  Tiba di hospital,kakak dibawa pergi ke bilik pembedahan.Aku menunggu sambil berjalan ke hulu ke hilir menunggu keputusan doktor.Tiba-tiba,telefon bimbitku berdering.

  "Hello,Putri,dah sampai ke rumah ke belum?Afiqah mana?"
  "Mak,kak Afiqah dilanggar dan sekarang berada di bilik pembedahan."
  "Ya Allah!"lalu ditutup talian.

  Setengah jam kemudian,ibuku datang membawa Hanafi,adikku.Dia sedang memegang tisu untuk mengelap pipinya yang basah sambil mendukung Hanafi.Aku melihat ibu lalu aku lari ke arahnya.Alangkah hancurnya hati kami kecuali Hanafi yang tidak tahu apa-apa.

  "Mana kakak kau?Mana kakak kau?"tanya ibuku dengan nada yang sedih dan tegas.

  "Dia masih beda di ruang bilik pembedahan,mak,"jawabku sayu.

  Kami masing-masing menunggu kakakku untuk sedar.Tiba-tiba,doktor datang dan bertanya jika ibuku ahli keluarganya.

  "Ia,saya ibuna.Kenapa doktor?"tanya ibuku sambil menangis terisak-isak.

  "Maaf,tetapi,kami tidak dapat menyelamatkan anak anda.Dia sempat sedar sebentar tadi dan menyerahkan hadiah ini untuk anak puan yang menyambut ulang tahunnya hari ini,"lalu diserahkan hadiah itu kepadaku.

  Aku pun membuka kertas pembalut itu.Alangkah terkejutnya aku melihat intinya.Di dalam ada sebuah kotak berisi telefon bimbit lollipop yang sangat aku inginkan,minyak wangi  berjenama dan juga wang sebanyak $10,000.Aku pun membaca surat yang juga disertakan di dalam.


     "Untuk adikku yang tersayang,
                                                   Selamat Ulang Tahun kakak ucapkan.Rasanya cepat waktu berlalu dan kini adik sudahpun berusia 19 tahun.Ini ada telefon bimbit yang kamu inginkan sangat dan minyak wangi yang sangat kau inginkan.Wang $10,000 ini untuk biaya sekolah adik.Mungkin ini tidak cukup,tetapi ini sahaja yang kakak mampu berikan.Jika wang ini dikumpul,sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit.Kakak ingin sekali melihat adik memasuki Universiti.Belajar sungguh-sungguh tau agar duit yang kakak berikan itu tidak sia-sia.Sekali lagi,Selamat Ulang Tahun yang ke 19 ya...

Salam sayang,
Raja Nurul Afiqah

                                                         ~Selamat  Ulang Tahun...~"

  Aku rasa terharu lalu menangis terisak-isak tidak tahu apa yang hendakku katakan.Petang itu,mayat kakakku telah selamat disemadikan.Aku pun akhirnya dapat teruskan pelajaranku hingga ke P.H.D seperti apa yang kakak inginkan.Kini,setelah lima tahun,aku telahpun membuka syarikat sos yong tau foo yang dinamakan PQRS.Inipun semua berkat kakakku.Sekarang,aku dan keluargaku bahagia dan aku pula bergelar sebagai usahawan terhebat tahun ini.



                                                       ~Tamat!!!~

Karangan tentang bintang pujaan...

Saya perhatikan,setiap orang yang mempunyai bintang pujaan,selalunya bintang itu harus ada rupa,seorang yang peramah,seorang yang berkarisma dan seorang yang berbakat.Saya percaya bakat itu ada pada setiap orang termasuk seorang pelakon yang sangat diminati ramai,Dude Harlino.


Beberapa hari yang lalu,saya berpeluang untuk menemu bual dengan Dude Harlino,seorang pemain sinetron terkenal di Indonesia yang juga merupakan seorang yang sangat minati.

Melalui acara "Sedetik bersama Dude Harlino" yang diadakan pada 27 Mac di Polyteknik Republik,acara ini telah diadakan dengan tujuan Dude menemui para peminatnya.Dude telah banyak berbakti di Industri Indonesia dan pernah dilabelkan sebagai "Raja Skriping"kerana dapat tawaran berlakon yang banyak seperti rancangan kegemaran saya,Cahaya dan Doa dan Karunia.

Dia sering berlakon dengan pasangan di dalam hampir setiap sinetronnya,Naysilla Mirdad.Mereka sering dipadankan sebagai sepasang kekasih.Cerita Cahaya,yang juga dilakonkan oleh Dude sebagai Satria dan Naysilla sebagai Cahaya,telah mendapat perhatian ramai sehinggakan Dude dipanggil untuk datang ke Singapura untuk menemui peminatnya di sini apabila rancangan Cahaya hampir tamat yang telah dikeudarakan dari 21 Ogos hingga 09 April 2010.

Selepas acara itu berakhir,saya sempat menanyakan soalan cepu-emas kepada Dude,seperti,"Apakah hubungan kamu sama Naysilla Mirdad?"Dengan selambanya dia menjawab hubungannya dan Nay hanya sebatas kawan baik sahaja.

Dengan acara yang telah berlangsung itu,saya dan juga para peminat merasa sangat berpuas hati dan cukup gembira kerana Dude telah membawa acara itu dengan sangat baik sekali.Akan saya minati Dude sepanjang hidup saya dan berharap agar dia dapat menemui kejayaan pada masa hadapan.Saya juga berharap agar Dude dapat cepat menemui jodohnya supaya masyarakat tidak akan lagi keliru dengan hubungan rapatnya dan Naysilla...

Saturday 31 July 2010

Rumah

Hi semua,


Bapak saya dan sedara saya sedang berbual-bual...
Hari ini,saya akan berbual mengenai rumah orang melayu...
Di Singapura,hampir tidak ada lagi yang namanya kampung tetapi jika kita pergi ke luar negara seperti Malaysia,Indonesia dan lain-lain lagi,kita akan dapat lihat kampung...Di Singapura,hanya di Buangkok sahaja kita dapat melihat kampung.Jumlah penduduk kampung di sini sudah hampir pupus kerana tidak cukup tanah untuk membina kampung dan jumlah kampung yang ada di sini adalah sekitar 20-28 rumah sahaja.Tidakkah sedikit itu namanya?


Saya dan baju kembar saya dan pengantin perempuan...
Saya ada pergi makan angin dengan keluarga dan saudara-mara kerana kami ada jemputan kahwin dari Makcik saya.Saya sangat gembira dan sudah merencanakan semuanya dan ingin sekali merasakan suasana di kampung dan akhirnya pada 03/06/2010-07/06/2010,saya dapat menikmati suasana kampung...Walaupun lantainya agak kotor di sana,tetapi saya tetap suka tinggal di sana kerana ada macam-macam perkara yang terdapat di sana yang tidak ada di Singapura.Airnya sangat sejuk seperti air batu dan ada juga air perigi.

Kolong rumah kampung...


Di kampung,ada kolongnya tetapi tidak seperti kolong di rumah pangsa kami...Di situ,kita boleh meletakkan bermacam-macam khazanah seperti motor,kereta,basikal dan benda-benda lain...Di sana,kita boleh bercucuk tanam tidak seperti di Singapura yang kekurangan tanah... 


Ayam-ayam di luar kandang...

 Kita boleh memelihara ayam,itik,burung puyu,kambing,lembu dan khas ditempah dari Terengganu ialah...Musang...Di rumah makcik saya ada musang yang saya sangat gerun apabila melihatnya...






Logo Terengganu di hadapan Mydin...
Ada satu kekurangan yang ada pada kampung iaitu apabila banjir,habis kotor satu rumah...Itulah yang sangat menyakitkan mata...Kadang-kadang,ada juga keledek hanyut dan ikan yang lalu di hadapan rumah mereka...






Baiklah,sampai disini sahaja perjumpaan kita pada kali ini.Semoga kita dapat berjumpa di bulan bahasa akan datang,bye!!!!

Lots of love,

Putri

Silat...

Hey semua...
Hari ini,saya akan berbincang mengenai Silat,seni mempertahankan diri yang satu-satunya ada di dalam adat orang Melayu...

Di sekolah saya juga ada mengajar silat melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah.Pada awalnya saya ingin memasuki silat tetapi kerana aktivitinya tidak kena dengan waktu,maka tidak kesampaianlah hajat saya memasuki silat.

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.

 Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.(Ingin tahu lebih tentang senjata?Baca perbincangan saya yang lepas.) Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.

Sekarang,silat menjadi sangat termasyhur sehinggakan ia menjadi salah satu pertandingan di Sukan Sea,Olimpik dan mungkin jika ada,di Sukan Olimpik Belia(YOG) yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 14-26 August di sini!!!Singapura telah dapat menjadi tuan rumah untuk sukan olipik belia dan mungkin silat akan dipertandingkan nanti!




Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.


Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.

Ada juga silat lain yang ramai tidak tahu iaitu buah pukul atau seni tempur.
Ada juga silat pengantin yang dipersembahkan di majlis perkahwinan kerana itu ia dipanggil sebagai silat pengantin.Ada juga yang social studies(ss) dan selalu pergi merantau ke alam lain...Fikirlah sendiri apakah maksud ss itu.Sy_ _ Se_ _ _ _ _ .



Ok lah,itu sahaja yang saya ingin ceritakan...
Sampai kita bertemu lagi di lembaran yang akan datang iaitu tentang rumah...
Buh-bye!!!

Lots of love,
Putri