Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Wednesday, 7 July 2010

Muzik tradisional...

Hi semua,
hari ini,saya ingin berbual tentang musik tradisional dan antara musik-musik yang saya kenali ialah musik dondang sayang,ghazal,keroncong dan macam-macam lagi.
Musik dondang sayang agak membosankan bagi saya tetapi saya tidak tahulah jika anda sukakan lagu berirama begini atau tidak.Iramanya agak perlahan dan mudah bagi orang menghayatinya.Ada juga baba dan nyonya yang menggemari dondang sayang dan gemar mendendangkan lagu dondang sayang.Kadangkala juga ada di antara mereka yang menubuhkan kelab dondang sayang mereka yang tersendiri...

Muzik berentakkan ghazal pula ada persamaan dengan dondang sayang sedikit.Jika saya tidak menyukai irama dondang sayang,saya amat menyukai lagu yang beriramakan ghazal.Bagi saya,lagu ghazal agak sukar untuk dinyanyikan dan hanya yang pakar sahaja tahu menyanyinya seperti Noraliza Idris,Ramlah Ram,Elfie Ismail dan ayahnya,R.Ismail.Saya sangat tabit dengan artis-artis seperti mereka yang boleh menyanyikan lagu ghazal dan mempertahankan irama Melayu hingga kini.
Keroncong pula adalah suatu musik yang saya tidak berapa suka.Mungkin bagi orang lain,irama keroncong sangat sedap didengar dan ia adalah irama yang cukup unik.Saya memang tidak menyukai irama keroncong tetapi saya amat menyukai sebuah lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berirama keroncong seperti Keroncong Kuala Lumpur di dalam filem lakonan beliau,Keroncong Kuala Lumpur...Antara penyanyi yang boleh menyanyikan lagu ini dengan baik ialah Kartina Dahri,Julie Sudero dan Ondrigo tetapi saya sendiri tidak tahu siapa mereka kecuali Kartina Dahri...
Saya juga telah mencari gambar-gambar alat-alat musik yang selalunya dimainkan untuk muzik-musik seperti ini.Antara alat-alat musik itu ialah angklung dan kulintang.
Saya sendiri berada dalam aktiviti ko-kurikulum seperti ini dan saya tahu banyak juga tentang angklung dan kulintang.Angklung adalah sebuah alat tradisional yang berasal dari Indonesia.Pasti orang memekir kalau angklung hanya perlu digoncang seperti saya dahulu tetapi angklung juga boleh diketuk untuk menghasilkan satu tempo.Saya juga amat gembira dapat bermain alat ini dan kebetulan,kumpulan saya memainkan lagu KERONCONG UNTUK ANA yang mungkin juga berunsurkan keroncong...











Kulintang juga merupakan aktiviti ko-korikulum saya dan ia telah bergabung dengan aktiviti angklung tetapi sayang,saya tidak berpeluang untuk bermain kulintang.Sya ada cuba-cuba untuk bermain dan ia sama seperti "xylophone" tetapi dalam versi Melayu.Kulintang berasal dari Indonesia dan ia selalu dimainkan brsama dngan gamelan.






Gamelan adalah kumpalan alat muzik yang digandingkan dengan gong dan lain-lain...









Gong adalah alat muzik yang menghasilkan bunyi yang sangat kuat walaupun kita memukulnya dengan pelan.Apalagi jika kita memukulnya dengan kuat,pasti akan bergegar satu pentas!!!Gong mengeluarkan bunyi yang sangat dalam.agak sedap untuk didengar tetapi jika dimainkan terlampau kuat,ia akan menyakitkan telinga.









Kompang selalu dimainkan pada waktu majlis perkahwinan apabila pengantinnya tiba dan akan duduk di atas pelamin.Kompang harus dipukul dan ia mengeluarkan sesuatu bunyi yang amat menyenangkan.










Jadi itu sahajalah yang ingin saya ceritakan tentang muzik dan alat tradisional.
Semoga kita akan berjumpa di lembaran yang akan datang.Bye!!!
Lots of love,
Putri











No comments:

Post a Comment