Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Saturday 31 July 2010

Rumah

Hi semua,


Bapak saya dan sedara saya sedang berbual-bual...
Hari ini,saya akan berbual mengenai rumah orang melayu...
Di Singapura,hampir tidak ada lagi yang namanya kampung tetapi jika kita pergi ke luar negara seperti Malaysia,Indonesia dan lain-lain lagi,kita akan dapat lihat kampung...Di Singapura,hanya di Buangkok sahaja kita dapat melihat kampung.Jumlah penduduk kampung di sini sudah hampir pupus kerana tidak cukup tanah untuk membina kampung dan jumlah kampung yang ada di sini adalah sekitar 20-28 rumah sahaja.Tidakkah sedikit itu namanya?


Saya dan baju kembar saya dan pengantin perempuan...
Saya ada pergi makan angin dengan keluarga dan saudara-mara kerana kami ada jemputan kahwin dari Makcik saya.Saya sangat gembira dan sudah merencanakan semuanya dan ingin sekali merasakan suasana di kampung dan akhirnya pada 03/06/2010-07/06/2010,saya dapat menikmati suasana kampung...Walaupun lantainya agak kotor di sana,tetapi saya tetap suka tinggal di sana kerana ada macam-macam perkara yang terdapat di sana yang tidak ada di Singapura.Airnya sangat sejuk seperti air batu dan ada juga air perigi.

Kolong rumah kampung...


Di kampung,ada kolongnya tetapi tidak seperti kolong di rumah pangsa kami...Di situ,kita boleh meletakkan bermacam-macam khazanah seperti motor,kereta,basikal dan benda-benda lain...Di sana,kita boleh bercucuk tanam tidak seperti di Singapura yang kekurangan tanah... 


Ayam-ayam di luar kandang...

 Kita boleh memelihara ayam,itik,burung puyu,kambing,lembu dan khas ditempah dari Terengganu ialah...Musang...Di rumah makcik saya ada musang yang saya sangat gerun apabila melihatnya...






Logo Terengganu di hadapan Mydin...
Ada satu kekurangan yang ada pada kampung iaitu apabila banjir,habis kotor satu rumah...Itulah yang sangat menyakitkan mata...Kadang-kadang,ada juga keledek hanyut dan ikan yang lalu di hadapan rumah mereka...






Baiklah,sampai disini sahaja perjumpaan kita pada kali ini.Semoga kita dapat berjumpa di bulan bahasa akan datang,bye!!!!

Lots of love,

Putri

No comments:

Post a Comment