Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Thursday 1 July 2010

Busana,baju tradisional...

Hi,
hari ini saya akan berbual mengenai baju tradisional.Baju tradisional yang saya miliki terlalu banyak baju tradisional sehinggakan tidak
muat lagi di dalam satu almari.










Antara kebaya yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Jika pada hari raya,saya akan menggunakan dengan selandang sekali.Tetapi saya akan mengenakan dengan warna yang sesuai dengan kebayanya.






Selendang yang digunakan.

Bukan sahaja kebaya yang saya gunakan untuk hari raya,kadang-kala juga,saya menggunakan baju kurung yang cantik.Saya lebih menyukai baju kurung berbanding kebaya kerana bagi saya,adalah lebih mudah jika saya mamakai baju kurung.Dan mungkin,baju kurung,lebih murah berbanding kebaya.

Selalunya,saya membeli baju kurung di First Lady.Harganya berpatutan dan agak cantik,lebih-lebih lagi jika waktu itu bulan Ramadan.Akan ada lebih banyak lagi corak yang disediakan pada waktu itu.

Saya sangat suka sekali apabila melihat corak-corak kain yang digunakan dan bagi saya ia sangat cantik.Lebih-lebih lagi apabila saya melihat baju-baju kebaya di pasar malam waktu bulan Ramadan.Terasa seperti ingin membelinya tetapi apabila tahu akan harganya,hampir terkeluar biji mata saya...Ia terlalu mahal dan saya perlu mengambil masa setahun untuk mengumpul duit sebanyak itu hanya untuk membeli sehelai baju.

Tidak berbaloi untuk membasirkan wang kerana sehelai baju tipis seperti itu!Lebih baik saya menggunakannya untuk hari kecemasan atau setidak-tidaknya untuk saya membeli telefon bimbit jadi saya boleh menelefon orang lain walau di mana sahaja saya berada...







Saya tak ingin duit saya melayang hanya kerana ingin membeli kebaya itu!







Apabila tiba sahaja Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji atau Hari Jumaat,saya akan melihat orang lelaki menggunakan baju Melayu terutama sekali pada Hari Raya.Sungguh kacak apabila saya melihat abang-abang dan ayah saya menggunakan baju melayu. Kalau abang-abang saya,dilihat seperti ingin menjadi Raja Sehari tetapi apabila saya melihat ayah saya menggunakan baju Melayu,dia seperti ingin berkahwin lagi!!!Harap-harap janganlah...

Saya rasa tidak akan dipanggil Hari Raya jika kita tidak menggunakan Baju Melayu,Baju Kebaya atau Baju Kurung...Saya sendiri rasa kurang selesa jika saya harus gunakan baju rumah atau baju kasual jika ingin beraya!Tidakkah pelik dan menjadi bahan ketawa orang ramai?

Jika dilihat,kebanyakan keluarga akan menggunakan baju kurung yang sama warnanya dengan anggota keluarga lain.Seperti keluarga saya,setiap tahun,pasti saya akan menggunakan baju kurung yang sama warnanya dengan keluarga saya.

Baiklah,saya rasa,cukuplah sampai di sini kita berbincang tentang baju-baju tradisional.
Sampai jumpa di halaman yang akan datang.Bye!!!

Lots of love,
Putri

No comments:

Post a Comment