Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Monday 26 July 2010

Lauk-pauk...(Makanan)O.O

Macam-macam lauk yang ada!



 Hmm...Makanan....
Hai,bersama saya lagi,Putri,yang akan membawa anda menjelajahi semua makanan tradisional di benua Asia...
Sedapnya apabila melihat gambar-gambar ini semua.Rasanya seperti ingin mengambilnya dari skrin ini dan memakannya seperti di cerita "Charlie and the chocolate factory"...
Pada kali ini,saya akan menceritakan tentang lauk-pauk dan hidangan yang biasa kita lihat di sekitaran kita.Lauk-pauk yang anda lihat dari semua gambar di blog ini adalah hidangan tradisional.Terima kasih kepada Google kerana telah menyiapkan gambar-gambar yang anda sedang dan akan lihat ini...Yok...Mari kita jelajah makanan tradisional yang ada di Benua Asia. 


Tak sah kalau saya makan sesuatu tanpa sambal belacan berulamkan petai,ulam raja,terung pipit,pegaga dan bermacam-macam lagi...Eh,salah,tak sah kalau mak saya makan sesuatu tanpa sambal belacan berulamkan petai,ulam raja,terung pipit,pegaga dan bermacam-macam lagi...Sambal belacan dibuat oleh bahan utamanya iaitu cili padi dan belacan.Sebab itulah namanya sambal belacan.Seperti yang saya katakan tadi,ianya sedap dimakan dengan nasi dan ulam-ulaman seperti yang apa emak saya gemari...

Hmmm...Sedapnya rendang tok di gambar ini...Kalau lah ada nasi ambeng atau nasi beriani atau nasi minyak,wah...TERANGKAT DOK!Balik kepada topik ini,rendang tok menggunakan daging lembu sebagai bahan utama untuk lauk ini.Jika anda ingin merubah masakan ini dari daging menjadi bahan yang lain...Tetapi rendang yang menggunakan daging adalah resepi yang asli dan paling sedap untuk dimakan...Ia selalunya dimakan dengan lemang atau ketupat yang akan saya bincangkan nanti...

 WOW...Asam pedasnya kalau dihidangkan lalu dimakan dengan nasi yang panas,tak terkata agaknya.Sangat menyelerakan.Hidangan ini adalah hidangan yang bagi saya amat pedas sehinggakan saya perlukan lebih daripada satu cawan air minum,hingus mala keluar dan akan menjadi sejuk  kerana lauknya teramat pedas!Tapi,saya makan asam pedas dengan ayam kerana saya tak suka makan ikan.Apa jenis ikan pun...


Eh...eh...Satay?oohh...Sedapnya kalau dapat makan satay.Apa lagi kalau saya dapat makan ini pada hari raya tahun ini.Saya masih ingat,dua tahun lepas dan tahun lepas,emak saya ada memasak satay dan membuat rumah terbuka.Habis semua botak licin macam kepala Ahmad Nisfu...Jangan marah ah...Baru nak capai,eh,dah habis?Hancur lebur musnah berkecai harapan hatiku,hendak memakan satay ibuku...Farhan dan geng dia lah ni,makan tak ingat dunia!Licin semua...Apalah nasib...Satay boleh dimasak dengan cara dibakar atau digoreng.Saya selalu makan satay apabila ia digoreng jadi saya tak tahu apa rasanya jika ia dibakar.Satay menggunakan daging atau ayam...Ada juga yang memasak satay dengan menggunakan babat,hati,limpa,pecut lembu dan kijang.

Blueekk...Nak muntah saya apabila mendengar frasa mi rebus...Saya SANGAT,SANGAT TIDAK MENYUKAI MI REBUS...Pertama kali memakannya dah macam nak muntah...Eeeuuuwww...Ia dihiaskan dengan tahu goreng,bawang goreng(kegemaran saya),daun sup,daun bawang,udang gegarau,lada hijau dan limau sambal sebagai perasa mi rebus untuk menjadikannya lebih enak dan tidak muak...




Ah,nampak tak gambar kat bawah ni?Inilah yang dinamakan rojak buah...
Bila mak saya terpandang gambar ni,meleleh air liurnya macam air terjun...U know what I mean...
Rojak buah ini dibuat menggunakan buah...(Duh...)Ia juga menggunakan petis,kacang,gula,asam,belacan dan lada.Pasti enak.Saya amat menyukai rojak yang mak saya buat apalagi bila saya makannya dengan cakuay(saya tak tahu macam mana nak eja cakuay...Maaf...)


Haha, ada lagi satu yang buat mak saya melelehkan air liurnya bila melihat gambar nasi kerabu atau lebih dikenali sebagai nasi ulam...Maklum lah,makanan kegemarannya dari kecil lagi...Nasi kerabu dibuat dari ulam-ulaman,nasi,kelapa kerisik,udang kering,lada dan garam. 


Kalau bab cincalok,bukan sahaja mak saya yang selera tetapi saya juga ingin merasa walaupun hannya sedikit.Jika dimakan dengan nasi panas dengan lauk-lauk kampung(menurut mak saya) juga...Whoah...
Sedapnya sehingga menjilat pinggan.(selalunya sedap hingga menjilat jari atau it's finger lickin' good...)





Otak-otak juga adalah antara makanan yang paling saya gemari.Ianya kadang-kadang pedas jika menggunakan lada banyak-banyak.Ia menggunakan ikan tenggiri,telur,santan,kerisik,kunyit,halia,lengkuas,serai,ketumbar jintan,
rempah kari dan udang(jika anda mahu...)...




 Ketupat adalah makanan yang selalu dihidangkan pada hari raya dan ia selalu dihidangkan dengan rendang.Ia harus direbus dan ia menggunakan nyiur kelapa.Ia menggunakan berasdan diisi di dalam nyiur dan akhirnya direbus 4 jam.






Lemang juga dimakan dengan rendang dan ia menggunakan daun pisang,batang buluh dan ia menggunakan beras pulut.Ia akan dibakar dengan menggunakan api yang kecil.Ia akan dibakar selama 2 jam dan selepas itu disantaplah...








Ini adalah antara masakan yang dapat saya tunjukkkan.Menyelerakan ya?







Itu saja menu yang dapat saya berikan kepada anda.Jika senang,datanglah lagi ke blog ini!
Bye!!!

Lots of love,
Putri










No comments:

Post a Comment