Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Saturday 31 July 2010

Senjata orang Melayu

Hi semua,bertemu lagi kita nampaknya.

Hari ini,saya akan berbincang mengenai senjata di zaman purbakala...
Yang saya tahu,keris,kerambit dan sabit adalah senjata melayu.
Tetapi,rupa-rupanya,ada banyak lagi senjata yang ada di luar sana.Semua maklumat telah saya dapatkan dari Wikipedia dan gambarnya telah diambil dari Google...

Tumbuk lada...

Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.


kerambit...

Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu kecil, dengan bilah melengkung, jarak dekat yang boleh dijumpai di Asia Tenggara di Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi Ayam, Kuku Ayam atau Rambai Ayam. Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian.Ia sangat tajam sampaikan jika diletak di leher sahaja,akan berdarah.Bahkan,kepala boleh tertanggal jika kita acukan ke leher.




lembing lama...
Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.



badik...
Badik merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.

Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.



keris...
Keris adalah senjata yang paling popular atau yang paling termasyhur di antara senjata yang lain.Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
 
 
Kebanyakan cerita-cerita dan kisah-kisah Melayu yang terdahulu menggunakan keris sebagai dalam setiap adegan perlawanan.Sampaikan ada yang menamakan judul cerita mereka dengan keris...Walaupun begitu,senjata-senjata lain tidak dilupakan seperti kerambit yang sempat muncul di Niyang Rapik the Movie...
 
Itu sahaja yang dapat saya perbualkan untuk hari ini.Semoga kita bertemu lagi di kesempatan akan datang.
BYE!!!
 
Lots of love,
Putri

No comments:

Post a Comment