Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Sunday 25 July 2010

Kiuh muih...

Hi dan selamat datang ke salah satu babak makanan iaitu KUIH MUIH...

Hari ini saya akan berbual mengenai kuih muih yang terdapat di semenanjung Asia ini.

Kuih bangkit  sedap dimakan pada bila-bila waktu sahaja....Teringat pula waktu kecil,saya gemar sekali,saya gemar berkali-kali dengan biskut apa pun saya dah lupa apa namanya.Maklum lah,10 tahun yang lalu adalah waktu yang saya sering makan biskut bulat,kecil itu.Kali terakhir jika saya ingat,saya memakannya pada 23 Januari 2010 sewaktu ingin berjumpa dengan kawan saya semperna dengan hari jadinya tapi batng hidung pun tak nampak...Hai...

Apalah nasib...

Hmm,wajik?Saya tak tahu rasa wajik itu macam mana tetapi mak saya beritahu yang wajik sangat manis...Ingin juga saya mencubanya,tetapi,jarang saya melihat wajik dijual walaupun pada bulan ramadan atau hari raya...Melihat dari gambar yang saya dapatkan dari Google ini,ia kelihatan seperti pulut...Apabila ditanya,memanglah pulut tetapi jika dimasak dengan durian,pasti cair beb!

Hah...Kuih kegemaran saya,putri salat.Hehe,macam nama saya,dah semua orang panggil saya putri salat.Haizz..Atasnnya sangaat manis dan saya paling suka bahagian itu dan di bawahnya pula dilapiskan pulut.Sedap dimakan pada bila-bila waktu...



 





Kini kita beralih pula kepada bahagian baulu.Kalau arwah nenek saya yang buat,pasti hilang terus di dalam mulut tanpa perlu menggigitnya...Tetapi itu yang mak saya beritahu.Dan katanya,baulu seperti itulah yang paling enak dimakan dan bermutu.Sekarang sudah ada macam-macam jenis baulu yang terdapat di sana sini.Seperti baulu chocolate rice.Sedap sekali tetapi tetap ia tidak boleh menandingi yang asli.Saya lebih menyukai yang asli kerana kemanisannya tidak meniru rasa kuih lain. 

Dodol pula adalah makanan Malaysia ynag sangat manis yang menggunakan kelapa dan durian.Ia mengambil masa yang lama untuk membuat dodol yang sepanjang dan selebar Iphone...(ibarat).Jika kita menggunakan bahan kesemuanya dalam  10 kg, ia akan menjadi sedikit mungkin dalam 5/6 kg.Ia sangat menyusahkan untuk dimasak jadi ia agak mahal untuk dijual.Sekecil Iphone berharga $2.50.Tak tahulah jika harganya sudah naik kerana saya sudah lama tidak membelinya...Daripada kita membuang duit dan masa untuk mencuba sendiri membuat dodol,lebih baik kita membelinya kerana agak berbaloi.Dodol segeralah katakan...

Berpindah pula ke makanan kegemaran ramai dan saya sendiri,EPOK-EPOK!!!
Memang epok-epok kegemaran saya dari umur saya 3 tahun sehingga sekarang.Saya masih ingat,waktu umur saya tiga tahun,saya hanya memakan kulit epok-epoknya sahaja yang bermaksud  bontot dan kepalanya sahaja kerana waktu itu saya tidak suka memakan intinya.Setelah mencuba inti kentang dan sardin,saya mula menyukai sardin tetapi kerana tidak lagi menyukai ikan,saya menyukai kentang,lebih-lebih lagi di OLD CHANG KEE!!!Sedapnya...Lagi-lagi jika dimakan panas-panas...Wow!

Kuih bakar adalah makanan yang sangat sedap jika dimakan bahagian hangusnya.Saya dan sedara saya amat menyukai bahagian hangusnya kerana bagi kami,ia sangat enak!Ia adalah kuih yang manis dan selalunya dimasak ketika ada majlis kenduri.Apa-apa jenis kendurilah...



Tapai ubi pula adalah tapai yang agak basah dan rasanya agak manis.Bagi wanita yang sedang datang bulan tidak boleh membuat tapai kerana jika apabila dia sedang uzur,tapai itu akan menjadi warna merah.Jika kita memasaknya dengan muka yang masam dan selalu marah,tapai itu akan menjadi masam dan ia menjadi tidak sedap untuk dimakan.Inilah petua-petua memasak tapai ubi.



Cara memasak:
  1. Ubi akan dikikis dahulu dan ia harus dicuci bersih sebelum direbus setengah masak.
  2. Selepas setengah masak,ia harus diangkat dan disejukkan hanya seketika.
  3. Dibedakkan dengan ragi.Raginya harus dilecekkan terlebih dahulu supaya menjadi halus.
  4. Ubinya harus diletakkan di dalam bekas dan diikat dengan kain bersih dan disimpan di suatu tempat.
  5. Simpan ubi itu selama tiga/empat hari sebelum ia boleh dimakan.
  6. Lebih sedap jika ditaruk di peti sejuk dan setelah itu kita SANTAPLAH!!!
Oklah,sampai di sini sahaja perjumpaan pada kali ini.Akan disambung perbicaraan tentang makanan di halaman akan datang.

Lots of love,
Putri


No comments:

Post a Comment