Hello!!!

Hello..



Selamat datang ke blog ini...



Jaga blog ini baik-baik atau tidak saya akan CINCANG ANDA!!!



Saturday 24 July 2010

Kuda kepang?

Hi semua!
Di pagi yang cukup indah ini,saya akan berbicara tentang kuda kepang yang saya pun sendiri tidak tahu apa tujuan sebenarnya kuda kepang itu...

Pernah saya ingat sewaktu ketika dahulu semasa saya masih di darjah enam,banyak budak-budak "mat rep" dan "minah" yang menyertai kuda kepang ini.Tetapi untuk tujuan apa saya sendiri pun tidak tahu.

Tarian kuda kepang atau istilah yang saya dan kawan-kawan sering gunakan iaitu "tarian mat rep"adalah tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa Indonesia.Pertarian ini sering dimainkan di Malaysia dan Indonesia.Kadang-kadang,ada juga yang bermain kuda kepang di majlis perkahwinan.

Mereka harus mempunyai sekurang-kurangnya sembilan penari,lima orang pemain muzik,dua orang bomoh pemulih dan 9-15 orang penjaga kawasan...Walaupun begitu,jumlah orang yang bermain kuda kepang ada sebanyak 40 orang!Wah,banyak tu!!!
Lawa tak gambar animation ni?Alamak,maaf,animasi ini?















Seorang penari sedang me...Saya pun sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya...

Resepi "Kuda Kepang"~

Bahan-bahannya ialah:

  • lima buah angklong

  • Sebuah gendang

  • Gong(ikut citarasa masing-masing)

  • Sekurang-kurangnya 9 kuda

  • Sebatng pecut(saya tak tahu apakah itu)

  • Serantai tali sepanjang 30 meter(100 kaki)
Cara-caranya ialah:


  1. Berdiri di atas pentas yang besar atau di tempat yang terbuka.

  2. Bakar kemenyan(makanan jin yang baunya agak busuk.) lalu dibaca jampi untuk diberikan kepada kuda-kuda supaya punya tenaga.

  3. Bomoh akan menggunakan telur mentah,bunga,rumput dan air untuk persembahan.

  4. Kemudian,"danyang"(ketua)akan melecutkan perut untuk menentukan rentak tarian dan setiap penari akan pergi ke kuda masing-masing.

  5. Penari-penari akan melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa dan lagu akan menjadi rancak.Jika lagu tidak rancak,penari akan menjadi berang dan akan menerkam atau menendang sesiapapun seperti kuda sedang mengamuk.

  6. Ini akan berterusan selama dua jam sehingga mereka mengalami keadaan bersawai.Mereka akan terpukau dengan pergerakkan mereka sendiri.(pelikkan?)

  7. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh".

  8. Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
Eh,dah macam resepi pula...
Sebenarnya,kuda kepang dilarang oleh agama Islam dan ia adalah  kurafat(syirik).Jadi,jika ingin menari kuda kepang juga,saya tak tahulah nak buat apa dengan anda.
Ingat,DON'T TRY THIS AT HOME,IN SCHOOL,IN THE TOILET OR IN PUBLIC...






Oklah,saya harus pergi dahulu...
Sampai berjumpa di halaman akan datang.
Lots of love,
Putri

No comments:

Post a Comment